Biografi Sapardi Djoko Damono

Awal hidup dan pendidikan

Masa mudanya dihabiskan di Surakarta dan jalur pendidikan dasar ditempuhnya di SD Kesatryan Keraton Surakarta (juga dikenali sebagai Solo ketika itu). Pendidikan menengah ditempuh di Sekolah Menengah Pertama Negeri 2 Surakarta (lulus 1955) dan SMA Negeri 2 Surakarta (lulus 1958).[4] Pada masa inilah Sapardi sering berkunjung ke perpustakaan tempatan di sekitar Solo[4] - minat beliau terhadap penulisan banyak pengkarya melekat dalam kegiatan membaca ini seluas dari karya Karl May, William Saroyan, dan Pramoedya Ananta Toer, hingga ke komik-komik karya R.A. Kosasih.[4] Akhirnya Sapardi dengan salah seorang adiknya, memulakan perpustakaan pinjaman di kawasan kejiranan mereka.[4]

Pada masa sekolah menengah juga Sapardi sudah mula menulis sejumlah karya yang dikirimkan ke majalah-majalah.[5] Kesukaannya menulis ini berkembang saat beliau menempuh kuliah di bidang Bahasa Inggeris di Jurusan Sastra Barat, Fakultas Sastra (sekarang Fakultas Ilmu Budaya) Universitas Gadjah Mada, Yogyakarta. Setelah sempat menempuh kajian di University of Hawaii, Honolulu, Sapardi menempuh program doktor di Fakultas Sastra UI dan lulus pada tahun 1989. Dalam tempoh ini, dia juga terlibat dalam penyiaran radio dan teater, serta menulis puisi; kerjaya sastera Sapardi berkembang seiring dengan kerjaya akademiknya.

Kerjaya penulisan

Setelah menamatkan pengajian di UGM, Sapardi mengajar di beberapa tempat, termasuk Madiun, Solo, dan Universitas Diponegoro di Semarang, sebelum pindah ke Amerika Syarikat untuk jangka masa yang singkat.[4] Pada 1973, setelah kembali dari A.S., beliau menjadi ahli fakulti tetap di Jabatan Sastera di Universitas Indonesia.[4] Pada 1989 beliau mendapat gelaran doktor dari universiti yang sama, dan pada 1993 menjadi profesor penuh.[4] Beliau pernah terpilih sebagai dekan fakulti sana juga.

Koleksi puisi pertamanya, DukaMu Abadi, dikeluarkan pada 1969.[6] Fokus karya DukaMu Abadi adalah pada keperitan individu yang mempersoalkan kewujudan, dan tidak seperti kebanyakan rakan sasteranya pada masa ini, puisi Sapardi lebih memfokuskan pada keadaan manusia dan bukannya idea yang revolusi dan sosial.[1] Pada 1974, beliau menerbitkan Mata Pisau dan Akuarium.[6] Ini diikuti oleh Perahu Kertas dan Sihir Hujan, dan pada 1986 beliau menerima Anugerah Penulis S.E.A. ditaja oleh ASEAN untuk puisi.[6]

Pada 1987, dia adalah salah satu dari beberapa tokoh terkemuka Indonesia (Goenawan Mohamad, Subagio Sastrowardoyo, Umar Kayam, dan John H. McGlynn) yang terlibat dalam penubuhan Yayasan Lontar.[7] Untuk menandakan perasmian yayasan itu, koleksi puisi Sapardi, yang bertajuk Suddenly the Night ("Tiba-Tiba Malam") dikeluarkan.[7] Pada 1998/1999, Sapardi menulis tentang pergolakan sosial akibat kejatuhan rejim Orde Baru; penulisan ini mendorong kepada penghasilan buku Ayat-Ayat Api yang mendapat kritikan negatif sebahagian besarnya menempelak nada marah dalam karya yang jaug berbeza dengan gaya normalnya.[5] Karya-karyanya yang terkenal termasuk Hujan Bulan Juni dan Berjalan ke Barat di Waktu Pagi Hari. Hujan Bulan Juni, salah satu karyanya yang paling popular, diterbitkan pada 1994. Mengandungi 95 puisi termasuk pilihan puisi-puisinya dari tahun 1964 hingga 1992, buku ini telah digambarkan sebagai sejenis "hits" terhebat" Sapardi.[5] Beberapa puisi yang disertakan ditulis selama setahun yang dihabiskan di UniversitI Hawaii di Honolulu pada awal 1970-an.[5]

Senja hidup

Beliau meninggal dunia di di Rumah Sakit Eka BSD, Tangerang Selatan, Banten pada 19 Julai 2020 setelah lama sakit sambil sempat dirawat kerana penurunan fungsi organ tubuh.[8]

Rujukan

WikiPedia: Sapardi Djoko Damono http://www.thejakartaglobe.com/artsandentertainmen... http://www.thejakartapost.com/news/2005/09/04/sapa... http://www.thejakartapost.com/news/2009/11/08/perf... http://www.thejakartapost.com/news/2010/03/29/pack... http://www.thejakartapost.com/news/2010/03/31/sapa... http://data.bibliotheken.nl/id/thes/p071216251 http://isni.org/isni/0000000122143377 http://www.poetryinternational.org/piw_cms/cms/cms... https://m.cnnindonesia.com/hiburan/20200719095914-... https://books.google.com/books?id=tYJKSyyZn_UC&pg=...